Management Science University

Management Science University

Thursday, 14 May 2015

RUMUSAN KESELURUHAN

Guru Prasekolah harus sedar ICT akan menjadi sebahagian pendekatan PdP pada masa kini dan masa depan. Penggunaan ICT dalam bilik darjah adalah sangat penting sebagai persediaan kanak-kanak prasekolah untuk masa depan mereka. Sebagai guru prasekolah adalah penting untuk mengetahui keperluan kanak-kanak sekolah. Oleh itu, persediaan dan pengalaman awal kanak-kanak memerlukan pembelajaran yang terancang, menarik dan direlevan dengan perkembangan semasa serta dapat memenuhi keperluan individu kanak-kanak.

Bagi memastikan ICT digunakan secara effektif, guru prasekolah perlu lebih kretaif dan fleksible dalam pengajaran mereka. Guru harus peka pada peringkat perkembangan dan ciri-ciri peribadi kanak-kanak. Guru boleh mengubahsuai teknik pengajaran mengikut keperluan kanak-kanak. Guru prasekolah juga perlu mempunyai persepsi dan sikap positif terhadap penggunaan ICT. Guru juga perlu bijak dan kreatif serta mahir dalam penggunaan ICT dikelas prasekolah selaras dengan matlamat KSPK iaitu memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani,  intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Penggunaan ICT yang berkesan membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya.


SEKIAN

PENDAPAT PERIBADI MENGENAI ICT


Pada pendapat kami, pembelajaran ICT adalah penting kepada pendidikan awal kanak-kanak. Penggunaan ICT kepada kanak-kanak pada seawal usia iaitu antara 4 hingga 6 tahun amat perlu untuk membantu perkembangan mental , fizikal, sosio-emosi dan rohani kanak-kanak. 

Melalui nyanyian , kanak-kanak akan merasa keseronokkan apabila guru menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seperti yang kita tahu melalui teori perkembangan  kanak-kanak bahawa kanak-kanak belajar melalui peniruan dari orang lain. Bila melalui ICT, kanak-kanak akan dapat melihat tingkah laku atau perlakuan dari melayari internet dan sebagainya akan memudahkan kanak-kanak melakukan reaksi tersebut.

Melalui ICT, boleh membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih konkrik. Bagi kami,  guru-guru yang mempunyai kemahiran dalam ICT akan membantu mereka mendapatkan bahan-bahan  dan teknik pengajaran yang lebih baik. Guru dapat membantu kanak-kanak melayari internet nuntuk mencari maklumat dan bahan yang lebih bagus lagi.  Jadi kanak-kanak akan merasa tertarik dan semangat untuk belajar akan terus membara.

Kami juga berpendapat bahawa melalui pengajaran menggunakan ICT ini akan merapatkan jurang persahabatan antara kanak-kanak di dalam kelas. Kanak-kanak akan sentiasa bertanya dan berbincang antara satu sama lain untuk mendapatkan  bahan dan maklumat . Secara tidak langsung , komunikasi antara kanak-kanak akan berlaku tanpa mereka sedari.  Kemungkinan ada antara kanak-kanak ini tidak pernah bercakap antara  mereka, tetapi sewaktu menggunakan ICT secara tidak sengaja berlaku perbincangan antara mereka.

SEKIAN

ICT DI AWAL KANAK-KANAK : PERKEMBANGAN KURIKULUM ICT DI MALAYSIA

PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Tahap Kesediaan Guru Menggunakan ICT dalam Pengajaran  Guru  didedahkan  dengan  pelbagai  kaedah bagaimana ICTdigunakan sebagai medium untuk mengakses maklumat daripada Internet,  mengkaji sesuatu  fenomena  secara  simulasi  atau  melihat demontrasi  sesuatu  kejadian,  membantu  murid melaksanakan  tugasan  pembelajaran  seperti menghasilkan  karangan,  melakar  gambar  dan sebagainya  (Maier  &  Warren  2002;  Jonassen 2003). Parker (2008) dalam kajiannya mendapati pengajaran menggunakan ICT meningkatkan minat dan  perhatian  murid,  menggalakkan  maklum balas,  menawarkan  pengalaman  pembelajaran intelektual, membantu perkembangan literasi serta kemahiran pemikiran tahap tinggi dalam kalangan murid. Oleh yang demikian perubahan-perubahan pedagogi  menggunakan ICT  adalah  perlu  dalam usaha  menghasilkan  proses  pengajaran  dan pembelajaran menjadi lebih menarik lagi berkesan (Mohd. Arif  &  Rosnaini 2002;  Fauziah Ahmad 2006).

Menurut  Burnett  (2010)  kanak-kanak  masa  kini membesar  dalam textual  landscape di  mana mereka  mempunyai  pelbagai  cara  berinteraksi dan bermain dengan aktif di dalam persekitaran permainan  komputer,  telefon  bimbit  dan  dunia virtual.  Kajian-kajian  penggunaan ICT  pada peringkat  awal  kanak-kanak  menunjukkan pendedahan kepada komputer multimedia boleh memberangsang  dan  mendorong  kanak-kanak belajar  dengan  lebih  baik,  cepat  dan  berkesan. Pendedahan  awal  kanak-kanak  kepada ICT  dan teknologi  digital  dapat  membina  pemikiran kritikal,  meningkatkan  kreativiti,  meneroka pelbagai  bidang,  mengaplikasi  pengetahuan  dan kemahiran dalam situasi, di samping meningkatkan minat  dan  perhatian.  Banyak  konsep  asas  dalam pembelajaran boleh disampaikan dengan berkesan melalui  program  pengajaran  dan  pembelajaran menggunakan  komputer  multimedia  (Maier  & Warren 2002; Parker 2008

Penggunaan ICT menjadikan proses  pencarian  maklumat  menyeronok  dan menghiburkan. Interaktiviti membolehkan proses latihan  atau  pengajaran  dijalankan  mengikut kesesuaian, keperluan dan cita rasa pelajar. Pada  asasnya,  kanak-kanak  mendapat pengalaman  melalui  manipulasi  benda-benda  maujud  atau  konkrit  serta  penerokaan persekitaran  mereka.  Kanak-kanak  belajar daripada  persekitaran  mereka  melalui  lima deria  semula  jadi  yang  dianugerahkan  sejak mereka  lahir. Daripada  pengalaman  ini  kanak-kanak  akan  menganalisis  pengetahuan  dan mengukuhkan  konsep  pembelajaran  mereka. 

Teori kematangan kanak-kanak yang diasaskan oleh Rousseau dan teori perkembangan kognitif kanak-kanak oleh Piaget, Bruner dan Vygotsky menekankan bahawa kanak-kanak berkembang mengikut  keupayaan  apabila didedahkan  pada persekitaran  yang  optimum. Dalam  pasaran masa kini, terdapat pelbagai jenis program dan perisian  yang  boleh  diperoleh  dengan  mudah. Kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai bahan pembelajaran  yang  berbentuk  akademik  mahu pun permainan. Semua ini alat rangsangan yang menyediakan pengalaman pembelajaran berharga sekiranya diurus dan diselia dengan baik (Marsh 2004; Abdul Halim 2008). 

Dalam  Kurikulum  Prasekolah  Kebangsaan (PPK  2003b),  guru  disaran  menggunakan pelbagai  pendekatan aktiviti  yang  sesuai  dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat dan minat kanak-kanak. Guru perlu menjalankan aktiviti yang melibatkan kanak-kanak secara aktif supaya  pembelajaran  menjadi  lebih bermakna, berkesan  dan  menggembirakan.  Pendekatan aktiviti  menggunakan ICT  disarankan  untuk membantu  proses  pengajaran  dan  pembelajaran, memperoleh maklumat, berinteraksi dengan bahan untuk belajar  sendiri  dan  bersama  rakan  sebaya.

Kurikulum boleh didefinisikan sebagai cara membantu pendidik berfikir tentang  tentang kanak-kanak mengurus pengalaman kanak-kanak berdasarkan program. Kurikulum juga boleh dimaksudkan semua pengalaman yang berlaku di sekolah.Kurikulum merupakan bentuk penulisan yang dirancang untuk pembelajaran. Selain itukurikulum juga membawa pengertian senarai topik pembelajaran yang akan dilaksanakan.

Mengikut pandangan Dr Norhashimah Hashimdan Yahya Che Lah (2003), kurikulum adalah rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disusun bagi mencapai sesuatu matlamat pendidikan. Menurut Feldman (1991) pula, kurikulum merupakan asas untuk mengajar dan memberi maksud ke arah pendidikan.Manakala Catron dan Allen (1999) menjelaskan bahawa kurikulum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kurikulum nyata dan kurikulum tersembunyi. Kurikulum nyata adalah pengajaran dan pembelajaran secara langsung berkenaan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak seperti jasmani, emosi, rohani,intelek, merancang aktiviti dan membuat penilaian. Kurikulum tersembunyi pula ialah perkara yang dipelajari oleh kanak-kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku kanak-kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku dan tindakan guru serta pengaruh persekitaran.

Pertimbangan dan Proses Pembentukan Kurikulum

Menurut Feldman J.R. (1991), terdapat lima komponen utama bagi membentuk sesebuah kurikulum iaitu falsafah, matlamat dan objektif, isi kandungan, aktiviti pembelajaran danpenilaian.Mari sama-sama kita membincangkannya satu persatu. Falsafah bagi membentuk sesuatu kurikulum, falsafah perlu ditetapkan. Jika ingin menyediakan kurikulum prasekolah maka falsafah pendidikan prasekolah wajar ditentukan terlebih dahulu. Misalnya, falsafah prasekolah menggambarkan tujuan prasekolah, nilai dan kepercayaan guru tentang bagaimana kanak-kanak belajar. Falsafah yang dipegang atau dirujuk oleh guru prasekolah mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat untuk kanak-kanak. 

Justeru, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibentuk berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara.Kedua-dua falsafah ini perlu diterjemahkan mengikut kesesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Pendidik dan penggubal kurikulum perlu memahami hasrat negara yang dinyatakan dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiap kurikulum yang dibentuk adalah untuk memenuhi keperluan jangka panjang. Kesan daripada hasil kurikulum yang digubal akan melahirkangenerasi negara seperti mana yang dihasratkan dalam Rukun Negara danFalsafa Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat dan objektif

Matlamat dan objektif yang dibentuk merupakan panduan program bagi memulakan pembelajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak. Sehubungan itu,matlamat dan objektif perlu ditulis dalam bentuk yang boleh dilihat oleh guru supaya guru dapat mengukur atau menilai kurikulum yang ingin diperolehi. Guru pula perlu menyesuaikan objektif yang perlu dicapai oleh kanak-kanak secara individu memandangkan kanak-kanak belajar pada tahap yang berbeza-beza.

PENGENALAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Latar Belakang
Petunjuk Prestasi Utama (KP)Sub-NKRA :Untuk Peningkatan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012 dengan memasukkan semua prasekolah kerajaan dan swasta dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Kronologi Penyemakan Kurikulum telah dilakukan seperti berikut:

1970an–KEMAS dan Jabatan Perpaduan memulakan kelas prasekolah awam
1986–Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM
1992–KPM memulakan Prasekolah
1993–Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
2003–Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK)
2008/9–KPK disemak semula
2010–Pelaksanan KSPK

Kenapa perlunya perubahan dan penyemakan terhadap kurikulum?

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan,mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum BersepaduSekolah Rendah. Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada:
     -Pembangunan modal insan
     -Penghasilan pelajar celik minda
     -Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
     -Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang berfikirankritis, kreatif dan inovatif

·Perubahan yang dilakukan:
    -Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan
    -Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan
      keusahawanan.
   -Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa,beretika, yakin diri, jati     diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama
  -Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat pendidikan awal dalam pendidikan melalui program prasekolah
   -Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan menyeronokkan
   -Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1.
  -Menambah baik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada. Kurikulum Standard Prasekolah   Kebangsaan digubal bersandarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia:


TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI ( AWAL SAINS DAN AWAL MATEMATIK)

Tunjang sains dan teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT).

Awal Sains
Pengalaman awal kanak-kanak dalam sains lebih kepada penerokaan dan peluang berinteraksi dengan objek-objek yang terdapat di persekitaran kanak-kanak. Peluang pembelajaran diperolehi melalui pemerhatian mereka ke atas objek dan fenomena yang terdapat di persekitaran bukan melalui pengajaran konsep-konsep sains. Pembelajaran sains seharusnya berlaku sejajar dengan perkembangan kanak-kanak yang lebih suka bertanya, menyentuh dan melakukan aktiviti dan pergerakan.

Awal sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Dalam proses penerokaan ini,sikap saintifik yang positif seperti ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk. Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan. Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan (contoh: tumbuhan dan haiwan), alam bahan (contoh: objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet) dan alam fizikal (contoh: pelangi, cuaca). Tunjang ini lebih mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid. 

Awal sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran motor halus mereka.

Awal Matematik

Awal matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak ini. Pengalaman ini termasuk konsep pra nombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010).Dalam pembelajaran awal matematik, kanak-kanak berfikir secara konkrit, mereka mesti diberi peluang untuk mengalami perhubungan,matematik melalui manipulasi objek konkrit, mereka mesti bermain dengan benda yang mereka boleh mengira dan menyusun. 

Selain itu mereka membina pengetahuan matematik dan mengembangkan kemahiran matematik melalui pengalaman hands-on dengan aktiviti real-life. Mereka perlu dibiasakan dengan menggunakan pemikiran matematik dalam menyelesaikan masalah harian yang konkrit membantu membina keyakinan murid dalam kemahiran matematik yang amat berguna kepada mereka apabila mereka dewasa kelak.

Dalam Dokumen KSPK (2010), tunjang sains dan teknologi juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu.Penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran asas sahaja.

Pendekatan yang menggunakan media Teknoligi Maklumat dan Komunikasi sebagai alat bantu dalam pengajaran(TMK).

Konsep Pendekatan TMK

Pengertian paling asas teknologi maklumat dan komunikasi atau TMK ialah semua jenis teknologi yang digunakan untuk memproses, mengolah, menyimpan, mempersembahkan dan memindahkan data atau maklumat dalam bentuk elektronik. Penggunaan TMK dalam P& P bermaksud menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untukmeningkatkan kecekapan prosesdan keberkesanan P & P.

Kepentingan pendekatan TMK. Pendekatan ini digunakan untuk:
    -Membantu proses pengajaran dan pembelajaran;
    -Memperolehi maklumat;
    -Berinteraksi dengan bahan utk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya; dan
  -Memperkayakan pengalaman pembelajaran Komputer dan teknologi digunakan bagi tujuan untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran.

Perancangan dan pelaksanaan pendekatan TMK
   -Pemilihan perisian yang sesuai.
   -penggunaan alat multimedia ada perkakasan dan perisian sesuai yang boleh digunakan dalam aktiviti P&P
  -Alat-alat teknologi digunakan seperti komputer, kamera digital,kamera, video, projektor LCD, pemain DVD, VCD
   -Pengenalan internet sangat perlu sebagai saluran utama mendapatkan maklumat

SEKIAN

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ICT UNTUK KANAK-KANAK


KEBAIKAN ICT TERHADAP KANAK-KANAK

Kecanggihan teknologi pada hari ini begitu pesat membangun terutama dalam bidang ICT. Antara teknologi ICT ialah komputer, telefon, televisyen, internet, telefon pintar, pemainan digital dan pelbagai lagi yang boleh kita temui pada hari ini.  Malah terdapat dalam perbagai bentuk dan saiz. Revolusi yang dibawa oleh kecanggihan ICT membolehkan sesiapa saja dari setiap lapisan usia mampu memiliki kemudahan ICT ini, termasuklah dalam kalangan kanak-kanak.
Melalui penggunaan ICT pelbagai manfaat yang kita mampu perolehi termasuk kepada kanak-kanak.  Antara kebaikan ICT  kepada kanak-kanak ialah:-

1.  MEMUDAHKAN PROSES PEMBELAJARAN KEPADA KANAK-KANAK

Melalui penggunaan ICT proses pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak pra sekolah akan lebih mudah. Dengan penggunaan ICT di dalam kelas tahap pencapaian kefahaman murid akan lebih tinggi. Murid-murid akan lebih cepat memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru dan guru akan lebih mudah untuk memberi kefahaman kepada murid. Iini kerana, melalui penggunaan ICT guru dapat mengambarkan sesuatu benda dan keadaan yang lebih tepat dan nyata dalam bentuk gambar berwarna, kejelasan suara, video dan peta minda.

Penggunaan pelbagai warna, bunyi-bunyia dan pelbagai visual akan menarik minat murid untuk belajar di dalam kelas. Sesi pembelajaran akan lebih menarik dan mampu menwujudkan satu pengalaman belajar yang menyeronokkan kepada murid.

Penggunaan ICT juga akan meningkatkan daya fokus murid-murid terhadap apa yang sedang diajar oleh guru. Keinginan ingin untuk belajar dalam diri murid akan lebih besar dan teruja untuk lebih tahu setiap apa yang di ajar oleh guru.

2. MENINGKATKAN DAYA KREATIVITI DAN IMAGENASI

Melalui ICT mampu meningkatkan daya kreativiti dan imegenasi murid. Mengikut kajian kanak-kanak akan lebih cepat bertindak balas apabila berhadapat dengan sesuatu yang nyata dan mempunyai daya tarikan warna yang menarik, cahaya, bunyi dan gambar. Penggunaan ICT dapat mememberi gambaran sesuatu yang jelas akan membolehkan murid lebih cepat berfikir.  Seterusnya murid akan menggambarkan sesuatu dalam benak fikiran mereka dan berlakulah peroses penaakulan dalam pencarian definisi dan penyelesaiaan masalah sebagaimana apa yang dilhat dihadapan murid tersebut.

3. MAHIR PENGGUNAAN ICT

Kemajuan teknologi pada hari ini memperlihatkan bertapa masyarakat teruja dengan kemudahan teknologi. Boleh dkatakan setiap orang mampu dan pandai menggunakan teknologi moden terutama berkaitan ICT. Malah sesiapa yang tidak pandai dalam penggunaan ICT dikatakan sebagai ketinggalan zaman dan tidak kurang ada yang memperlekihkan.

Oleh itu, pendedahan peralatan ICT kepada kanak-kanak amat penting. Ini adalah untuk melatih kanak-kanak agar lebih mahir menggunakan kemudahan ICT. Dengan pendedahan kemudahan ICT kanak-kanak hari ini akan lebih bijak mengunakan internet dalam mencari maklumat dan mengurangkan salah guna ICT.

KEBURUKAN ICT KEPADA KANAK-KANAK

Walaubagaimana, penggunaan ICT dalam kalangan kanak-kanak mampu membawa kepada kemudaratan apabila tiada pemantauan oleh ibu bapa mahupun guru.  Antara keburukan ICT kepada kanak-kanak ialah:-

1. MEMBANTUTKAN PERKEMBANGAN SOSIAL

Pemasalahan ini boleh terjadi apa bila kanak-kanak didedahkan dengan permainan digital tampa pengawasa dan kawalan. Kanak-kanak ini akan bermain permainan dalam komputer kerana ganjaran dan tawaran yang ditawarkan permainan tersebut. Oleh kerana kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, mereka akan terus bermain untuk mengetahu apakan penghujung permainan tersebut. Mereka boleh ketagih dengan permainan tersebut dan akan merencatkan pertumbuhan kanak-kanak yang sepatutnya dicapai. 

Kecerdasan interpersonal mereka akan terbantut yang mana mereka hanya memikirkan mengenai permainan komputer semata-semata dan mewujudkan sifat sosio-emosi kanak-kanak yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mengalah. Sifat negative ini tidak sewajarnya ada dalam diri kanak-kanak. Dengan hanya bermain permainan komputer juga sekali gus akan menghilangkan tahap keyakinan diri kanak-kanak dengan masyarakat kerana mereka langsung tidak bercampur dengan masyarakat bagi aktiviti luar rumah. Perkara ini juga akan memberi impak yang besar kepada kanak-kanak apabila mereka remaja dan dewasa kelak.

2.  MENJEJASKAN KESIHATAN

Seterusnya, ICT memberi impak kesihatan yang buruk kepada kanak-kanak.  seperti masalah penglihatan  (Rabun jauh dan dekat), kekurangan zat makanan  disebabkan terlalu fokus kepada game sehinga mereka mengabaikan  masa makan yang boleh membawa maut.     Sebaliknya jika mereka melayari internet sambil makan  dimana  mereka akan makan makanan  segera yang akan mengakibatkan masalah kegemukan.

3.TERPENGARUH DENGAN BUDAYA TIDAK SIHAT

Sekiranya tidak dicegah,  penggunaan internet tanpa kawalan menyebabkan kanak-kanak mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka seperti bahan pornografi yang begitu luas tersebar di internet. Jika kanak-kanak tersalah taip kata kunci sedikit sahaja dan terbuka lawan web tersebut kanak-kanak akan terus melihat.  Kerana sudah menjadi fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang begitu tinggi. Sebab itulah kanak-kanak sekarang banyak mengetahui perkara yang tidak sepatutnya dan pastikan akan meniru perkara negative itu tanpa mengetahu baik buruk dan kesan perkara tersebut seperti meniru aksi lucah yang boleh menjejaskan pemikiran mereka.

Kanak-kanak juga sering meniru aksi lasak  dan ganas yang dipaparkan di internet atau di kaca televiayen. Aksi lasak seperti bergusti,  begaduh,   rompakan,  merogol, dan  membunuh akan mempengaruhi kelakuan mereka  dimasa akan datang.

4.  KECELARUAN PENGGUNAAN BAHASA

Kebanyakan pengguna internet tidak menghiraukan akan laras bahasa yang betul semasa mereka menulis. Mereka sering menggunakan istilah yang direka sendiri yang akan mengelirukan seterusnyan menjadi ikutan kepada kanak-kanak.  Jika tiada pemantauan oleh ibu bapa, kanak-kanak ini akan terus mengunakan bahasa yang salah ini disepanjang hidupnya. Akibat yang paling ditakuti adalah mereka menggunakan kata-kata kesat yang mereka dengar untuk berinteraksi dengan orang lain.

Kesan lain yang turut timbul akibat daripada kerap menonton televiyen adalah melemahkan kemahiran berbahasa, ciri visual televisyen menyekat perkembangan bahagian sebelah kiri otak yang penting untuk kemahiran pembelajaran bahasa. Dalam satu persidangan terapis percakapan di London mendedahkan bahawa televisyen membataskan dan menghadkan keupayaan kanak-kanak bertutur dan memahami Bahasa Inggeris. Kemahiran bahasa boleh dirangsang dengan baik melalui pembacaan dan penyertaan dua hala yang aktif dalam perbualan dan aktiviti bermain bukannya dengan menonton televisyen. 

5. KESAN KEPADA SIKAP

Menurut Healy dalam buku keluaran CAP kanak-kanak yang terlalu banyak menonton televisyen boleh menurunkan prestasi akademik terutamanya dalam keupayaan membaca. Membaca memerlukan kedalaman atau pemerosesan tetapi 'fikiran dua minit' kanak-kanak daripada menonton terlalu banyak televisyen dengan mudah menjadikannya kurang sabar dengan kegiatan yang memerlukan pembacaan. Menonton televisyen adalah komunikasi sehala di mana kanak-kanak akan menjadi pasif.

Kanak-kanak menjadi leka dan sifat malas semakin meningkat. Perkara inilihat saja kanak-kanak zaman sekarang pergi ke mana-mana pasti akan ada permainan di tangan. Apalagi kalau bukan I-Pad, Tablet dan telefon bimbit. Oleh disebabkan itu, kanak-kanak kurang memberikan tumpuan di dalam pelajaran kerana otak mereka sentiasa memikirkan permainan yang ada di dalam tablet mereka.


KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan dan huraian yang telah kita bentangkan di atas, dapat kita rumuskan  bahawa penggunaan ICT dalam kalangan kanak-kanak mampu memberi impak positif.Antaranya sangat berguna untuk memudahkan sesi pembelajaran terhadapa kanak-kanak.  Oleh itu, amat penting setiap sekolah dan terutama pra sekolah dibekalkan dengan kemudahan ICT sebagai tambahan alat bantuan mengajar kepada guru-guru.

Selain itu, penggunaan ICT mampu meningkatkan daya kreativitian kanak-kanak, malah dapat mengembangkan daya imegenasi jika digunakan pada masa, waktu dan cara yang betul.  Ini akan melahirkan lebih banyak generasi akan datang yang lebih genius dan berfikiran kreatif, novatif dan dinamik.

Pendedahan penggunaan ICT ini juga amat bagus sebagai latihan kepada kanak-kanak agar lebih mahir mengendalikan peralatan ICT dan akan lebih bijak dalam memilih cara pengendalian agar tidak disalah guna.

 Walaubagaimana, setiap sesuatu jika di salah guna atau gagal dkendali dengan baik akan membawa kerosakan. Begitu juga dengan penggunaan ICT. Jika dibiarkan kanak-kanak menggunakan peralatan ICT tampa pemantauan dan cakna daripada ibu bapa dan guru ia akan disalah guna, sekali gus, menghasilkan impak yang negatif. Kesan negatif ICT juka berlaku ia amatlah berbahaya ini boleh menyebabkan antara hdup dan mati, serta masa depan seseorang itu.

Jika dibiarkan kanak-kanak leka dengan peralatan ICT ia boleh menyebabkan kesan buruk antaranya ketagihan bermain video game, kemerosotan bahasa, masalah kesihatan dan masalah tingkah laku.

Jesteru itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan tegas.  Jangan sesekali dibiarkan anak-anak leka dengan peralatan ICT.  Sebaiknya ibu Bapa haruslah menyediakan aktiviti fizikal yang lebih bermanfaat kepada anak.


-SEKIAN-



SEJARAH TEORI-TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK





1) TEORI  JEAN  PIAGET

   Jean Piaget

Biografi, latar belakang dan sumbangan Jean Piaget terhadap perkembangan pendidikan awal kanak-kanak.
Jean Piaget telah dilahirkan di Neuchatel, Switzerland pada Ogos 1896 dan meninggal dunia pada 17 September 1980. Beliau berasal dari Switzerland dan memulakan profesyennya dalam bidang biologi. Beliau mendapat ijazah PhD pada umur 21 tahun. Piaget merupakan ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Penemuan-penemuan Jean Piaget adalah berdasarkan pemerhatian, deskripsi dan analisis bilangan kecil kanak-kanak.  Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Menurut Gardner, 1973, Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kali dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementing struktur pemikiran manusia.

Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang  perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk mebentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk meliaht pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang kepada kanak-kanak.

Jadual 1  :  Konsep-konsep asas berhubung dengan Teori Kognitif Jean Piaget
Konsep
Takrif
Skemata
Struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasikan maklumat baru.
Asimilasi
Penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan skemata sedia ada.
Akomodasi
Pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima maklumat baru.
Keseimbangan
Gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang membantu dalam keseimbangan terhadap pengetahuan,kepercayaan dan pengalaman.

Piaget mengatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kogntif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat-peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangan yang berikutnya.

Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut urutan umur.
Tahap-tahap perkembangan itu ialah :
  •     Tahap Sensori Motor atau Deria Motor  ( sejak dilahirkan – 2 tahun )
  • Tahap Pra Operasi                                   ( 2 tahun – 7 tahun )
  •  Tahap Operasi Konkrit                            ( 7 tahun – 11 tahun )
  • Tahap Operasi Formal                             ( 11 tahun ke atas )


Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0WDuJhP07DPDeYO_nIWzJb_Aax0Pa1c6plhPC6-qvusrX_2NXPngr-rHxGNjVIO0DoOPHDZnApe2MWNNrP1PAlCNyc6m4c3df6k0G8I2HmFDSzgwWCnKcyAp6879LB-yhm86H7b117_s_/s1600/G,7.jpg

Tahap yang akan diketengahkan di sini ialah Tahap Praoperasi iaitu bagi kanak-kanak berumur 2 hingga 7 tahun yang melibatkan prasekolah. Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.

Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku.

Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.

Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :
  •  Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )
  •  Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )

Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran.

Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'.

2)  IMAM Al-GHAZALI

Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi.Nama sebenarnya ialah Muhammad binMuhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.Tahun 484 hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah.Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.

Pandangan dan idea-idea beliau:
1. Kanak-kanak diasuh mengikut 2 peringkat tahap umur iaitu;
             - Sejak lahir hingga 4 tahun
 - 5 tahun hingga 7 tahun
2. Kandungan kurikulum meliputi latihan jasmani, sukan, adap pertuturan, keperibadian dan  budi pekerti yang mulia.
3. Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir.
4. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali wanita yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.
5. Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.
6. Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.
7. Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.
8. Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak.
9. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka.Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.
10. Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:-
- Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.
- Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.
- Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar

Nasihat beliau kepada guru supaya:-
- Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.
- Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka.
- Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik


SEKIAN

MENGAPA GURU ECE MENJADI PILIHAN KAMI ?


Kami menyambung pelajaran dalam jurusan pendidikan awal kanak-kanak kerana ingin mengetahui lebih mendalam tentang perkembangan awal kanak-kanak bermula dari dalam kandungan lagi sehingga ke alam persekolahan yang sebenarnya.

Apabila kami mempelajari proses perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, fizikal, emosi dan sosial barulah kami dapat memahami lebih jelas bahawa setiap kanak-kanak mempunyai peringkat perkembangan yang berbeza-beza dan kebolehan yang tertentu.

Kanak-kanak berjaya dalam kehidupan mereka adalah mengikut minat dan kebolehan yang dimiliki. Jadi dengan ini, kami boleh mempraktikkan apa yang kami pelajari dalam kursus ini untuk membantu kanak-kanak yang lemah dalam pengajaran dan pembelajaran. Kami juga cuba untuk mengenal pasti minat dan kebolehan mereka untuk membantu kanak-kanak supaya terus berjaya di masa hadapan.

 Ibarat kata pepatah "kanak-kanak seperti kain putih, kitalah gurunya yang akan mencorakkan mereka dengan sebaik-baiknya".

Menjadi guru adalah sebuah pilihan hidup yang mulia. Menjadi guru adalah sebuah pengabdian. Maka berbanggalah kalau anda berprofesion sebagai seorang guru. Jadilah guru yang sentiasa bersikap ikhlas dan sabar dalam mengajar. Jadilah guru yang amanah, didiklah kanak-kanak dengan sebaik mungkin agar mereka boleh menjadi manusia yang berguna, baik dalam akhlak mahupun ilmu pengetahuan.

Tuesday, 12 May 2015

Profil Kami



Assalamualaikum semua :)


Salam sejahtera. Salam perkenalan untuk semua. Blog ni diuruskan oleh kami 5 orang guru-guru dari berlainan sekolah yang mengikuti kursus BACHELOR EARLY CHILDHOOD EDUCATION (BECE). Kami mengenali antara satu sama lain di Universiti Swasta yang terkenal iaitu MANAGEMENT & SCIENCE UNIVERSITY (MSU). 

Kami belajar didalam satu kelas dan bidang yang sama. Blog ini terhasil daripada satu tugasan iaitu dari subjek COMPUTER FOR YOUNG CHILDREN dimana kami perlu menyiapkan satu blog yang membincangkan tentang kebaikan ICT kepada murid-murid sekolah. Subjek ini diajar oleh En. Khairul Azhar bin Masri. 

Sebagai pengenalan, kami sertakan nama, Id nombor serta gambar kami sekali. Jom berkenalan :)






NAMA : SURAHAYA BINTI ISMAIL
ID NO : 012012110657

“Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dengan diberi jagaan, pemeliharaan, kasih sayang, perkhidmatan kesihatan, sokongan dan bantuan sosial untuk perkembangan holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan kerohanian”


NAMA : ZURAINI BT YUSOF
ID NO : 012012110678

" Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan.
 Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.


NAMA  :  Pn. FARIDAH YUSOF
Id No. 012012110380

“ Ilmu itu bukan apa yang dihafal, tetapi ilmu ialah sesuatu
 yang memberi maanfaat “
(iman syafie)


NAMA : WAN SALMAH BT WAN JUSOH
    ID NO : 012012110421

" Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan"

NAMA : ZURINA ABD LATIF
ID No : 012012110404

" Mencari ilmu itu seperti halnya ibadah, mengungkapkannya seperti halnya bertasbih, menyelidikinya seperti halnya berjihad, mengajarkannya seperti halnya bersedekah, dan memikirkannya seperti halnya berpuasa" 



Salam Perkenalan dari kami semua. Nantikan entri seterusnya dari kami.

Terima Kasih. Assalamualaikum w.b.t :)