Bagi memastikan ICT digunakan secara effektif, guru prasekolah perlu lebih kretaif dan fleksible dalam pengajaran mereka. Guru harus peka pada peringkat perkembangan dan ciri-ciri peribadi kanak-kanak. Guru boleh mengubahsuai teknik pengajaran mengikut keperluan kanak-kanak. Guru prasekolah juga perlu mempunyai persepsi dan sikap positif terhadap penggunaan ICT. Guru juga perlu bijak dan kreatif serta mahir dalam penggunaan ICT dikelas prasekolah selaras dengan matlamat KSPK iaitu memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Penggunaan ICT yang berkesan membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya.
SEKIAN
No comments:
Post a Comment