Management Science University

Thursday, 14 May 2015
MENGAPA GURU ECE MENJADI PILIHAN KAMI ?
Kami menyambung pelajaran dalam jurusan pendidikan awal kanak-kanak kerana ingin mengetahui lebih mendalam tentang perkembangan awal kanak-kanak bermula dari dalam kandungan lagi sehingga ke alam persekolahan yang sebenarnya.
Apabila kami mempelajari proses perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, fizikal, emosi dan sosial barulah kami dapat memahami lebih jelas bahawa setiap kanak-kanak mempunyai peringkat perkembangan yang berbeza-beza dan kebolehan yang tertentu.
Kanak-kanak berjaya dalam kehidupan mereka adalah mengikut minat dan kebolehan yang dimiliki. Jadi dengan ini, kami boleh mempraktikkan apa yang kami pelajari dalam kursus ini untuk membantu kanak-kanak yang lemah dalam pengajaran dan pembelajaran. Kami juga cuba untuk mengenal pasti minat dan kebolehan mereka untuk membantu kanak-kanak supaya terus berjaya di masa hadapan.
Ibarat kata pepatah "kanak-kanak seperti kain putih, kitalah gurunya yang akan mencorakkan mereka dengan sebaik-baiknya".
Menjadi guru adalah sebuah pilihan hidup yang mulia. Menjadi guru adalah sebuah pengabdian. Maka berbanggalah kalau anda berprofesion sebagai seorang guru. Jadilah guru yang sentiasa bersikap ikhlas dan sabar dalam mengajar. Jadilah guru yang amanah, didiklah kanak-kanak dengan sebaik mungkin agar mereka boleh menjadi manusia yang berguna, baik dalam akhlak mahupun ilmu pengetahuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment