Management Science University

Management Science University

Thursday, 14 May 2015

SEJARAH TEORI-TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK





1) TEORI  JEAN  PIAGET

   Jean Piaget

Biografi, latar belakang dan sumbangan Jean Piaget terhadap perkembangan pendidikan awal kanak-kanak.
Jean Piaget telah dilahirkan di Neuchatel, Switzerland pada Ogos 1896 dan meninggal dunia pada 17 September 1980. Beliau berasal dari Switzerland dan memulakan profesyennya dalam bidang biologi. Beliau mendapat ijazah PhD pada umur 21 tahun. Piaget merupakan ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Penemuan-penemuan Jean Piaget adalah berdasarkan pemerhatian, deskripsi dan analisis bilangan kecil kanak-kanak.  Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Menurut Gardner, 1973, Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kali dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementing struktur pemikiran manusia.

Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang  perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk mebentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk meliaht pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang kepada kanak-kanak.

Jadual 1  :  Konsep-konsep asas berhubung dengan Teori Kognitif Jean Piaget
Konsep
Takrif
Skemata
Struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasikan maklumat baru.
Asimilasi
Penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan skemata sedia ada.
Akomodasi
Pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima maklumat baru.
Keseimbangan
Gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang membantu dalam keseimbangan terhadap pengetahuan,kepercayaan dan pengalaman.

Piaget mengatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kogntif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat-peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangan yang berikutnya.

Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut urutan umur.
Tahap-tahap perkembangan itu ialah :
  •     Tahap Sensori Motor atau Deria Motor  ( sejak dilahirkan – 2 tahun )
  • Tahap Pra Operasi                                   ( 2 tahun – 7 tahun )
  •  Tahap Operasi Konkrit                            ( 7 tahun – 11 tahun )
  • Tahap Operasi Formal                             ( 11 tahun ke atas )


Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0WDuJhP07DPDeYO_nIWzJb_Aax0Pa1c6plhPC6-qvusrX_2NXPngr-rHxGNjVIO0DoOPHDZnApe2MWNNrP1PAlCNyc6m4c3df6k0G8I2HmFDSzgwWCnKcyAp6879LB-yhm86H7b117_s_/s1600/G,7.jpg

Tahap yang akan diketengahkan di sini ialah Tahap Praoperasi iaitu bagi kanak-kanak berumur 2 hingga 7 tahun yang melibatkan prasekolah. Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.

Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku.

Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.

Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :
  •  Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )
  •  Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )

Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran.

Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'.

2)  IMAM Al-GHAZALI

Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi.Nama sebenarnya ialah Muhammad binMuhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.Tahun 484 hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah.Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.

Pandangan dan idea-idea beliau:
1. Kanak-kanak diasuh mengikut 2 peringkat tahap umur iaitu;
             - Sejak lahir hingga 4 tahun
 - 5 tahun hingga 7 tahun
2. Kandungan kurikulum meliputi latihan jasmani, sukan, adap pertuturan, keperibadian dan  budi pekerti yang mulia.
3. Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir.
4. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali wanita yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.
5. Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.
6. Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.
7. Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.
8. Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak.
9. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka.Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.
10. Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:-
- Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.
- Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.
- Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar

Nasihat beliau kepada guru supaya:-
- Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.
- Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka.
- Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik


SEKIAN

2 comments:

  1. thank you penerangan yang mantap dan menarik

    ReplyDelete
  2. Slot Machines - Blackjack & Slot Machines - Jackson City Casino
    This Blackjack 제천 출장안마 & Slot 통영 출장마사지 Machines app is designed and built for iPad. You 나주 출장샵 can try your luck on any device, as 여수 출장안마 long as you do it at the casino. 제주도 출장샵

    ReplyDelete