KEBAIKAN ICT TERHADAP KANAK-KANAK
Kecanggihan teknologi pada hari ini begitu pesat membangun terutama
dalam bidang ICT. Antara teknologi ICT ialah komputer, telefon, televisyen,
internet, telefon pintar, pemainan digital dan pelbagai lagi yang boleh kita
temui pada hari ini. Malah terdapat dalam perbagai bentuk dan saiz.
Revolusi yang dibawa oleh kecanggihan ICT membolehkan sesiapa saja dari setiap
lapisan usia mampu memiliki kemudahan ICT ini, termasuklah dalam kalangan
kanak-kanak.
Melalui penggunaan ICT pelbagai manfaat yang kita mampu perolehi
termasuk kepada kanak-kanak. Antara kebaikan ICT kepada kanak-kanak
ialah:-
1. MEMUDAHKAN PROSES PEMBELAJARAN KEPADA KANAK-KANAK
Melalui penggunaan ICT proses pengajaran dan pembelajaran untuk
kanak-kanak pra sekolah akan lebih mudah. Dengan penggunaan ICT di dalam kelas
tahap pencapaian kefahaman murid akan lebih tinggi. Murid-murid akan lebih
cepat memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru dan guru akan lebih mudah
untuk memberi kefahaman kepada murid. Iini kerana, melalui penggunaan ICT guru
dapat mengambarkan sesuatu benda dan keadaan yang lebih tepat dan nyata dalam
bentuk gambar berwarna, kejelasan suara, video dan peta minda.
Penggunaan pelbagai warna, bunyi-bunyia dan pelbagai visual akan
menarik minat murid untuk belajar di dalam kelas. Sesi pembelajaran akan lebih
menarik dan mampu menwujudkan satu pengalaman belajar yang menyeronokkan kepada
murid.
Penggunaan ICT juga akan meningkatkan daya fokus murid-murid
terhadap apa yang sedang diajar oleh guru. Keinginan ingin untuk belajar dalam
diri murid akan lebih besar dan teruja untuk lebih tahu setiap apa yang di ajar
oleh guru.
2. MENINGKATKAN DAYA KREATIVITI DAN IMAGENASI
Melalui ICT mampu meningkatkan daya kreativiti dan imegenasi murid.
Mengikut kajian kanak-kanak akan lebih cepat bertindak balas apabila berhadapat
dengan sesuatu yang nyata dan mempunyai daya tarikan warna yang menarik,
cahaya, bunyi dan gambar. Penggunaan ICT dapat mememberi gambaran sesuatu yang
jelas akan membolehkan murid lebih cepat berfikir. Seterusnya murid akan
menggambarkan sesuatu dalam benak fikiran mereka dan berlakulah peroses
penaakulan dalam pencarian definisi dan penyelesaiaan masalah sebagaimana apa
yang dilhat dihadapan murid tersebut.
3. MAHIR PENGGUNAAN ICT
Kemajuan teknologi pada hari ini memperlihatkan bertapa masyarakat
teruja dengan kemudahan teknologi. Boleh dkatakan setiap orang mampu dan pandai
menggunakan teknologi moden terutama berkaitan ICT. Malah sesiapa yang tidak
pandai dalam penggunaan ICT dikatakan sebagai ketinggalan zaman dan tidak
kurang ada yang memperlekihkan.
Oleh itu, pendedahan peralatan ICT kepada kanak-kanak amat penting.
Ini adalah untuk melatih kanak-kanak agar lebih mahir menggunakan kemudahan
ICT. Dengan pendedahan kemudahan ICT kanak-kanak hari ini akan lebih bijak
mengunakan internet dalam mencari maklumat dan mengurangkan salah guna ICT.
KEBURUKAN ICT KEPADA KANAK-KANAK
Walaubagaimana, penggunaan ICT dalam kalangan kanak-kanak mampu
membawa kepada kemudaratan apabila tiada pemantauan oleh ibu bapa mahupun
guru. Antara keburukan ICT kepada kanak-kanak ialah:-
1. MEMBANTUTKAN PERKEMBANGAN SOSIAL
Pemasalahan ini boleh terjadi apa bila kanak-kanak didedahkan
dengan permainan digital tampa pengawasa dan kawalan. Kanak-kanak ini akan
bermain permainan dalam komputer kerana ganjaran dan tawaran yang ditawarkan
permainan tersebut. Oleh kerana kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang
tinggi, mereka akan terus bermain untuk mengetahu apakan penghujung permainan
tersebut. Mereka boleh ketagih dengan permainan tersebut dan akan merencatkan
pertumbuhan kanak-kanak yang sepatutnya dicapai.
Kecerdasan interpersonal mereka akan terbantut yang mana mereka
hanya memikirkan mengenai permainan komputer semata-semata dan mewujudkan sifat
sosio-emosi kanak-kanak yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mengalah.
Sifat negative ini tidak sewajarnya ada dalam diri kanak-kanak. Dengan hanya
bermain permainan komputer juga sekali gus akan menghilangkan tahap keyakinan
diri kanak-kanak dengan masyarakat kerana mereka langsung tidak bercampur
dengan masyarakat bagi aktiviti luar rumah. Perkara ini juga akan memberi impak
yang besar kepada kanak-kanak apabila mereka remaja dan dewasa kelak.
2. MENJEJASKAN KESIHATAN
Seterusnya, ICT memberi impak kesihatan yang buruk kepada
kanak-kanak. seperti masalah penglihatan (Rabun jauh dan dekat),
kekurangan zat makanan disebabkan terlalu fokus kepada game sehinga
mereka mengabaikan masa makan yang boleh membawa
maut. Sebaliknya jika mereka melayari internet sambil
makan dimana mereka akan makan makanan segera yang akan
mengakibatkan masalah kegemukan.
3.TERPENGARUH DENGAN BUDAYA TIDAK SIHAT
Sekiranya tidak dicegah, penggunaan internet tanpa kawalan
menyebabkan kanak-kanak mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka
seperti bahan pornografi yang begitu luas tersebar di internet. Jika
kanak-kanak tersalah taip kata kunci sedikit sahaja dan terbuka lawan web
tersebut kanak-kanak akan terus melihat. Kerana sudah menjadi fitrah
semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang begitu tinggi. Sebab
itulah kanak-kanak sekarang banyak mengetahui perkara yang tidak sepatutnya dan
pastikan akan meniru perkara negative itu tanpa mengetahu baik buruk dan kesan
perkara tersebut seperti meniru aksi lucah yang boleh menjejaskan pemikiran
mereka.
Kanak-kanak juga sering meniru aksi lasak dan ganas yang
dipaparkan di internet atau di kaca televiayen. Aksi lasak seperti
bergusti, begaduh, rompakan, merogol, dan
membunuh akan mempengaruhi kelakuan mereka dimasa akan datang.
4. KECELARUAN PENGGUNAAN BAHASA
Kebanyakan pengguna internet tidak menghiraukan akan laras bahasa
yang betul semasa mereka menulis. Mereka sering menggunakan istilah yang direka
sendiri yang akan mengelirukan seterusnyan menjadi ikutan kepada
kanak-kanak. Jika tiada pemantauan oleh ibu bapa, kanak-kanak ini akan
terus mengunakan bahasa yang salah ini disepanjang hidupnya. Akibat yang paling
ditakuti adalah mereka menggunakan kata-kata kesat yang mereka dengar untuk
berinteraksi dengan orang lain.
Kesan lain yang turut timbul akibat daripada kerap menonton
televiyen adalah melemahkan kemahiran berbahasa, ciri visual televisyen
menyekat perkembangan bahagian sebelah kiri otak yang penting untuk kemahiran
pembelajaran bahasa. Dalam satu persidangan terapis percakapan di London
mendedahkan bahawa televisyen membataskan dan menghadkan keupayaan kanak-kanak
bertutur dan memahami Bahasa Inggeris. Kemahiran bahasa boleh dirangsang dengan
baik melalui pembacaan dan penyertaan dua hala yang aktif dalam perbualan dan
aktiviti bermain bukannya dengan menonton televisyen.
5. KESAN KEPADA SIKAP
Menurut Healy dalam buku keluaran CAP kanak-kanak yang terlalu
banyak menonton televisyen boleh menurunkan prestasi akademik terutamanya dalam
keupayaan membaca. Membaca memerlukan kedalaman atau pemerosesan tetapi
'fikiran dua minit' kanak-kanak daripada menonton terlalu banyak televisyen
dengan mudah menjadikannya kurang sabar dengan kegiatan yang memerlukan
pembacaan. Menonton televisyen adalah komunikasi sehala di mana kanak-kanak
akan menjadi pasif.
Kanak-kanak menjadi leka dan sifat malas semakin
meningkat. Perkara inilihat saja kanak-kanak zaman sekarang pergi ke
mana-mana pasti akan ada permainan di tangan. Apalagi kalau bukan I-Pad, Tablet
dan telefon bimbit. Oleh disebabkan itu, kanak-kanak kurang memberikan tumpuan
di dalam pelajaran kerana otak mereka sentiasa memikirkan permainan yang ada di
dalam tablet mereka.
KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan dan huraian yang telah kita bentangkan di
atas, dapat kita rumuskan bahawa penggunaan ICT dalam kalangan
kanak-kanak mampu memberi impak positif.Antaranya sangat berguna untuk
memudahkan sesi pembelajaran terhadapa kanak-kanak. Oleh itu, amat
penting setiap sekolah dan terutama pra sekolah dibekalkan dengan kemudahan ICT
sebagai tambahan alat bantuan mengajar kepada guru-guru.
Selain itu, penggunaan ICT mampu meningkatkan daya kreativitian
kanak-kanak, malah dapat mengembangkan daya imegenasi jika digunakan pada masa,
waktu dan cara yang betul. Ini akan melahirkan lebih banyak generasi akan
datang yang lebih genius dan berfikiran kreatif, novatif dan dinamik.
Pendedahan penggunaan ICT ini juga amat bagus sebagai latihan
kepada kanak-kanak agar lebih mahir mengendalikan peralatan ICT dan akan lebih
bijak dalam memilih cara pengendalian agar tidak disalah guna.
Walaubagaimana, setiap sesuatu jika di salah guna atau gagal
dkendali dengan baik akan membawa kerosakan. Begitu juga dengan penggunaan ICT.
Jika dibiarkan kanak-kanak menggunakan peralatan ICT tampa pemantauan dan cakna
daripada ibu bapa dan guru ia akan disalah guna, sekali gus, menghasilkan impak
yang negatif. Kesan negatif ICT juka berlaku ia amatlah berbahaya ini boleh
menyebabkan antara hdup dan mati, serta masa depan seseorang itu.
Jika dibiarkan kanak-kanak leka dengan peralatan ICT ia boleh
menyebabkan kesan buruk antaranya ketagihan bermain video game, kemerosotan
bahasa, masalah kesihatan dan masalah tingkah laku.
Jesteru itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan tegas.
Jangan sesekali dibiarkan anak-anak leka dengan peralatan ICT. Sebaiknya
ibu Bapa haruslah menyediakan aktiviti fizikal yang lebih bermanfaat kepada
anak.
-SEKIAN-
🥰
ReplyDelete