Management Science University

Management Science University

Thursday, 14 May 2015

ICT DI AWAL KANAK-KANAK : PERKEMBANGAN KURIKULUM ICT DI MALAYSIA

PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Tahap Kesediaan Guru Menggunakan ICT dalam Pengajaran  Guru  didedahkan  dengan  pelbagai  kaedah bagaimana ICTdigunakan sebagai medium untuk mengakses maklumat daripada Internet,  mengkaji sesuatu  fenomena  secara  simulasi  atau  melihat demontrasi  sesuatu  kejadian,  membantu  murid melaksanakan  tugasan  pembelajaran  seperti menghasilkan  karangan,  melakar  gambar  dan sebagainya  (Maier  &  Warren  2002;  Jonassen 2003). Parker (2008) dalam kajiannya mendapati pengajaran menggunakan ICT meningkatkan minat dan  perhatian  murid,  menggalakkan  maklum balas,  menawarkan  pengalaman  pembelajaran intelektual, membantu perkembangan literasi serta kemahiran pemikiran tahap tinggi dalam kalangan murid. Oleh yang demikian perubahan-perubahan pedagogi  menggunakan ICT  adalah  perlu  dalam usaha  menghasilkan  proses  pengajaran  dan pembelajaran menjadi lebih menarik lagi berkesan (Mohd. Arif  &  Rosnaini 2002;  Fauziah Ahmad 2006).

Menurut  Burnett  (2010)  kanak-kanak  masa  kini membesar  dalam textual  landscape di  mana mereka  mempunyai  pelbagai  cara  berinteraksi dan bermain dengan aktif di dalam persekitaran permainan  komputer,  telefon  bimbit  dan  dunia virtual.  Kajian-kajian  penggunaan ICT  pada peringkat  awal  kanak-kanak  menunjukkan pendedahan kepada komputer multimedia boleh memberangsang  dan  mendorong  kanak-kanak belajar  dengan  lebih  baik,  cepat  dan  berkesan. Pendedahan  awal  kanak-kanak  kepada ICT  dan teknologi  digital  dapat  membina  pemikiran kritikal,  meningkatkan  kreativiti,  meneroka pelbagai  bidang,  mengaplikasi  pengetahuan  dan kemahiran dalam situasi, di samping meningkatkan minat  dan  perhatian.  Banyak  konsep  asas  dalam pembelajaran boleh disampaikan dengan berkesan melalui  program  pengajaran  dan  pembelajaran menggunakan  komputer  multimedia  (Maier  & Warren 2002; Parker 2008

Penggunaan ICT menjadikan proses  pencarian  maklumat  menyeronok  dan menghiburkan. Interaktiviti membolehkan proses latihan  atau  pengajaran  dijalankan  mengikut kesesuaian, keperluan dan cita rasa pelajar. Pada  asasnya,  kanak-kanak  mendapat pengalaman  melalui  manipulasi  benda-benda  maujud  atau  konkrit  serta  penerokaan persekitaran  mereka.  Kanak-kanak  belajar daripada  persekitaran  mereka  melalui  lima deria  semula  jadi  yang  dianugerahkan  sejak mereka  lahir. Daripada  pengalaman  ini  kanak-kanak  akan  menganalisis  pengetahuan  dan mengukuhkan  konsep  pembelajaran  mereka. 

Teori kematangan kanak-kanak yang diasaskan oleh Rousseau dan teori perkembangan kognitif kanak-kanak oleh Piaget, Bruner dan Vygotsky menekankan bahawa kanak-kanak berkembang mengikut  keupayaan  apabila didedahkan  pada persekitaran  yang  optimum. Dalam  pasaran masa kini, terdapat pelbagai jenis program dan perisian  yang  boleh  diperoleh  dengan  mudah. Kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai bahan pembelajaran  yang  berbentuk  akademik  mahu pun permainan. Semua ini alat rangsangan yang menyediakan pengalaman pembelajaran berharga sekiranya diurus dan diselia dengan baik (Marsh 2004; Abdul Halim 2008). 

Dalam  Kurikulum  Prasekolah  Kebangsaan (PPK  2003b),  guru  disaran  menggunakan pelbagai  pendekatan aktiviti  yang  sesuai  dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat dan minat kanak-kanak. Guru perlu menjalankan aktiviti yang melibatkan kanak-kanak secara aktif supaya  pembelajaran  menjadi  lebih bermakna, berkesan  dan  menggembirakan.  Pendekatan aktiviti  menggunakan ICT  disarankan  untuk membantu  proses  pengajaran  dan  pembelajaran, memperoleh maklumat, berinteraksi dengan bahan untuk belajar  sendiri  dan  bersama  rakan  sebaya.

Kurikulum boleh didefinisikan sebagai cara membantu pendidik berfikir tentang  tentang kanak-kanak mengurus pengalaman kanak-kanak berdasarkan program. Kurikulum juga boleh dimaksudkan semua pengalaman yang berlaku di sekolah.Kurikulum merupakan bentuk penulisan yang dirancang untuk pembelajaran. Selain itukurikulum juga membawa pengertian senarai topik pembelajaran yang akan dilaksanakan.

Mengikut pandangan Dr Norhashimah Hashimdan Yahya Che Lah (2003), kurikulum adalah rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disusun bagi mencapai sesuatu matlamat pendidikan. Menurut Feldman (1991) pula, kurikulum merupakan asas untuk mengajar dan memberi maksud ke arah pendidikan.Manakala Catron dan Allen (1999) menjelaskan bahawa kurikulum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kurikulum nyata dan kurikulum tersembunyi. Kurikulum nyata adalah pengajaran dan pembelajaran secara langsung berkenaan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak seperti jasmani, emosi, rohani,intelek, merancang aktiviti dan membuat penilaian. Kurikulum tersembunyi pula ialah perkara yang dipelajari oleh kanak-kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku kanak-kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku dan tindakan guru serta pengaruh persekitaran.

Pertimbangan dan Proses Pembentukan Kurikulum

Menurut Feldman J.R. (1991), terdapat lima komponen utama bagi membentuk sesebuah kurikulum iaitu falsafah, matlamat dan objektif, isi kandungan, aktiviti pembelajaran danpenilaian.Mari sama-sama kita membincangkannya satu persatu. Falsafah bagi membentuk sesuatu kurikulum, falsafah perlu ditetapkan. Jika ingin menyediakan kurikulum prasekolah maka falsafah pendidikan prasekolah wajar ditentukan terlebih dahulu. Misalnya, falsafah prasekolah menggambarkan tujuan prasekolah, nilai dan kepercayaan guru tentang bagaimana kanak-kanak belajar. Falsafah yang dipegang atau dirujuk oleh guru prasekolah mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat untuk kanak-kanak. 

Justeru, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibentuk berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara.Kedua-dua falsafah ini perlu diterjemahkan mengikut kesesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Pendidik dan penggubal kurikulum perlu memahami hasrat negara yang dinyatakan dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiap kurikulum yang dibentuk adalah untuk memenuhi keperluan jangka panjang. Kesan daripada hasil kurikulum yang digubal akan melahirkangenerasi negara seperti mana yang dihasratkan dalam Rukun Negara danFalsafa Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat dan objektif

Matlamat dan objektif yang dibentuk merupakan panduan program bagi memulakan pembelajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak. Sehubungan itu,matlamat dan objektif perlu ditulis dalam bentuk yang boleh dilihat oleh guru supaya guru dapat mengukur atau menilai kurikulum yang ingin diperolehi. Guru pula perlu menyesuaikan objektif yang perlu dicapai oleh kanak-kanak secara individu memandangkan kanak-kanak belajar pada tahap yang berbeza-beza.

PENGENALAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Latar Belakang
Petunjuk Prestasi Utama (KP)Sub-NKRA :Untuk Peningkatan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012 dengan memasukkan semua prasekolah kerajaan dan swasta dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Kronologi Penyemakan Kurikulum telah dilakukan seperti berikut:

1970an–KEMAS dan Jabatan Perpaduan memulakan kelas prasekolah awam
1986–Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM
1992–KPM memulakan Prasekolah
1993–Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
2003–Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK)
2008/9–KPK disemak semula
2010–Pelaksanan KSPK

Kenapa perlunya perubahan dan penyemakan terhadap kurikulum?

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan,mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum BersepaduSekolah Rendah. Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada:
     -Pembangunan modal insan
     -Penghasilan pelajar celik minda
     -Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
     -Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang berfikirankritis, kreatif dan inovatif

·Perubahan yang dilakukan:
    -Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan
    -Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan
      keusahawanan.
   -Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa,beretika, yakin diri, jati     diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama
  -Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat pendidikan awal dalam pendidikan melalui program prasekolah
   -Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan menyeronokkan
   -Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1.
  -Menambah baik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada. Kurikulum Standard Prasekolah   Kebangsaan digubal bersandarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia:


TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI ( AWAL SAINS DAN AWAL MATEMATIK)

Tunjang sains dan teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT).

Awal Sains
Pengalaman awal kanak-kanak dalam sains lebih kepada penerokaan dan peluang berinteraksi dengan objek-objek yang terdapat di persekitaran kanak-kanak. Peluang pembelajaran diperolehi melalui pemerhatian mereka ke atas objek dan fenomena yang terdapat di persekitaran bukan melalui pengajaran konsep-konsep sains. Pembelajaran sains seharusnya berlaku sejajar dengan perkembangan kanak-kanak yang lebih suka bertanya, menyentuh dan melakukan aktiviti dan pergerakan.

Awal sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Dalam proses penerokaan ini,sikap saintifik yang positif seperti ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk. Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan. Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan (contoh: tumbuhan dan haiwan), alam bahan (contoh: objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet) dan alam fizikal (contoh: pelangi, cuaca). Tunjang ini lebih mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid. 

Awal sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran motor halus mereka.

Awal Matematik

Awal matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak ini. Pengalaman ini termasuk konsep pra nombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010).Dalam pembelajaran awal matematik, kanak-kanak berfikir secara konkrit, mereka mesti diberi peluang untuk mengalami perhubungan,matematik melalui manipulasi objek konkrit, mereka mesti bermain dengan benda yang mereka boleh mengira dan menyusun. 

Selain itu mereka membina pengetahuan matematik dan mengembangkan kemahiran matematik melalui pengalaman hands-on dengan aktiviti real-life. Mereka perlu dibiasakan dengan menggunakan pemikiran matematik dalam menyelesaikan masalah harian yang konkrit membantu membina keyakinan murid dalam kemahiran matematik yang amat berguna kepada mereka apabila mereka dewasa kelak.

Dalam Dokumen KSPK (2010), tunjang sains dan teknologi juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu.Penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran asas sahaja.

Pendekatan yang menggunakan media Teknoligi Maklumat dan Komunikasi sebagai alat bantu dalam pengajaran(TMK).

Konsep Pendekatan TMK

Pengertian paling asas teknologi maklumat dan komunikasi atau TMK ialah semua jenis teknologi yang digunakan untuk memproses, mengolah, menyimpan, mempersembahkan dan memindahkan data atau maklumat dalam bentuk elektronik. Penggunaan TMK dalam P& P bermaksud menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untukmeningkatkan kecekapan prosesdan keberkesanan P & P.

Kepentingan pendekatan TMK. Pendekatan ini digunakan untuk:
    -Membantu proses pengajaran dan pembelajaran;
    -Memperolehi maklumat;
    -Berinteraksi dengan bahan utk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya; dan
  -Memperkayakan pengalaman pembelajaran Komputer dan teknologi digunakan bagi tujuan untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran.

Perancangan dan pelaksanaan pendekatan TMK
   -Pemilihan perisian yang sesuai.
   -penggunaan alat multimedia ada perkakasan dan perisian sesuai yang boleh digunakan dalam aktiviti P&P
  -Alat-alat teknologi digunakan seperti komputer, kamera digital,kamera, video, projektor LCD, pemain DVD, VCD
   -Pengenalan internet sangat perlu sebagai saluran utama mendapatkan maklumat

SEKIAN

1 comment: